Kelas PosterMyWall & Kelas Asas Mengenali Komputer
20 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan aktiviti membuat poster menggunakan medium PosterMyWall. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang pelajar lelaki yang bermula dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.30 petang. Para peserta diminta untuk membuat poster ringkas dan diberi bimbingan dengan mengubah suai template sedia ada. Diharap kelas sebegini akan mendapat lebih penyertaan pada masa akan datang.
Di samping itu, mereka ingin mempelajari cara untuk menggunakan dan mengendalikan komputer. Pekerja NADI menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sesebuah komputer serta memberikan bimbingan dalam menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office dan juga internet. Mereka yang sebelum ini tidak mahir menggunakan komputer telah mempelajari asas penggunaan komputer yang betul.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
• Memberikan peserta pengetahuan mengenai kemahiran asas penggunaan komputer
• Mendedahkan peserta terhadap fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah komputer
• Memberikan pendedahan kepada peserta terhadap perisian-perisian asas yang sering digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan tugasan
• Peserta dapat mengasah kemahiran ICT dan dapat digunakan bagi menyelesaikan tugasan sekolah pada masa akan datang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: